As-salam...
entry kali ni, aku nak menamatkan segala masalah-masalah yang membelenggu aku. masalah ke?
masalah la jugak. sebelum tu,meh nak story dahulu. sepertimana yang aku cerita dalam entry2 aku yang sebelum ni, aku memang suka gila baca novel. tak kisah lah melayu ke, inggeris ke, janji jangan tagalog dah la. :)
kalau nak senaraikan novel2 yang pernah aku baca kat sini, memang takkan habis lah. tak gitu?
ok,back to our story, 2006. time ni aku baru darjah 6, kak aku pulak tengah teregeh-hegeh ambil SPM. kak aku ni budak asrama. dua bulan sekali dia balik rumah. satu hari tu, dia balik dengan membe dia budak selangor. disebabkan rumah dia jauh and memang waste of time and money la kan kalau tiap-tiap minggu nak balik rumah, dia balik rumah kengkawan dia.
nak dijadikan cerita,membe kak aku ni pun suka baca novel. and aku pernah nampak dia baca novel. mula-mula tu aku tak amek port sangat,yerlah,bukan aku sorang ja kat malaysia ni yang suka baca novel. *thats normal btw girls at my age at that time always tend to feel they are special,etc..*
ada satu time tu membe kak aku ni tinggal novel dia atas meja. aku pun secara cilok baca la sinopsis dekat cover belakang novel tuh.
*tengah membaca..*
cerita mengenai seorang gadis *aku tak ingat nama heroin dia* yang dah bertunang. sikit hari ja lagi, nak kahwin. tapi,dia telah diculik bersama-sama seorang anak orang loaded & *aku tak ingat jugak berapa ramai lagi yang kena culik,seingat aku,bukan hero heroine ja*. lama la jugak diorang diculik tuh.. family heroine t sekor pun tak tahu yang dia dah diculik. mereka sangka dia melarikan diri kerana ... *tak ingat sebab dia*..
selepas beberapa minggu dia dilepaskan oleh kidnapper terbabit. bila dia pulang ke rumah,dia terkejut kerana majlis akad nikahnya dengan lelaki yang dicintai diteruskan. tentu-tentu lah dia pelik binti hairan sebab masakan akad nikah boleh dijalankan tanpa pengantin perempuan..iye dak?
*maken kusyuk...*
bila dia masuk dalam rumah,terkejut king kong lah dia *kingkong ok* sebab adik perempuannya sendiri yang menggantikannya. famili dia terpaksa bertindak begitu kerana ingin menutup malu + menjaga maruah. yang makin pelik tuh, nak pulak adik dia! itu dia baru tahu. rupa-rupanya adik heroine ni suka bebenor dekat boy kakak dia yang merangkap bakal abang ipar. jadi bila dah diberi tawaran macam itu, tak ditolaknya! mak n ayah dia pulak boleh sesedap ikan siakap 3 rasa tuduh si heroine nak malukan keluarga mereka. tak sempat dia nak jelaskan segala-galanya,dia membawa hati yang frust tertonggeng-tonggeng lari daripada rumah... dan takdir menemukan si heroine ni dengan anak orang loaded tadi..& the stories begin...
*membelek-belek cover belakang...*
dengar pintu bilik air ditutup dan derapan tapak kaki yang semakin hampir.
*letak balik atas meja*
tak sempat aku nak tengok novel tu tajok apa! frust gila weh. aku ingat tajuk dia "erti something2 ja" .
=,="
sampai sekarang aku masih tercari-cari tajuk novel tu..hanya dengan melihat cover depan novel tu saja aku boleh taw. sesiapa yang terbaca entry ni,boleh tak inform kat saya apa tajuk novel tersebut??
p/s:: this * sign is to show what i'd thought and acted about certain scenes..:)
