Monday, June 4, 2012

hanya kepadaMu ku berserah ya ALLAH..

 

as-salam..
hari ini setelah beberapa lama, air mataku mengalir dalam doaku usai solat Isyak.
sesunggunhnya aku tidak kuat untuk menghadapi ujian ini.
sesungguhnya aku lemah dan ingin berputus asa.
tetapi ya allah, aku yakin akan kekuasaanMu lalu aku tabahkan hati ini.
kaki ini ku gagah kan berdiri.
memaksa diriku menempuh hari-hari yang suram tanpa warna.
memaksa bibirku tersenyum dan tertawa walau hatiku rawan.
kerana...
Allah itu maha pengasih lagi penyayang. 
Allahuakhbar.

='{



P.S : kita akan belajar menjadi kuat apabila menjadi kuat adalah satu-satunya pilihan yg kita ada ketika menghadapi ujian maha kuasa. Amin.



Thursday, May 31, 2012

Dear Future Najwa..

As-salam.
welcome june and bye-bye may. semoga jumpa lagi tahun depan,insya allah kalau panjang umo lagi, amin.
bulan yang sama last year,aku ingat lagi aku cakap dekat seorang classmate aku, "agak2 kan,next year dalam hari & tarikh yg sama..kita tgh buat apa eh?"
hmm..aku dah berangan maybe time2 macam ni aku tengah packing2 barang nak sambung belajar kat mana-mana.... it turns out...
kalaulah 'najwa' yg last year bole stop berangan dan study,study untuk spm..
kalaulah aku bole masok time machine then bagi penendang sedas dekat 'najwa' last year tu.
kalaulah 'najwa' last year tu taw macam mana situasi 'najwa' sekarang ni mesti dia study betol2 kan untuk spm?
kalau,kalau & kalau...
kenapa lah aku x tulis ja surat untuk future najwa macam barney dalam HIMYM tu kan?
aku malas nk karang2 surat nih,.. so aku copy paste ja. like usual..courtesy to inche google. (:


p/s : be careful what u wishing for..

p.p.s...:::...
hello June,we meet again. (=

Sunday, May 20, 2012

beauty.

Ignorance accoustic version live on unplugged MTV by Paramore.


i wish i was there with them...:')
 p/s : #parawhoreAllTheWay

So Malaysian

enjoy this vids. LOL. :D

yes, i am believe in the power of hands. #somalaysian.

P.S : im malaysian n im proud of it.

Tuesday, April 17, 2012

new perspective

assalam...
haip! lama tak tulis post baru kan? hahihu.
sabtu lepas aku dah start kerja kat satu kedai minuman dalam satu hypermarket kat area2 rumah aku. Semenjak aku start kerja ni ramai yang tanya, "Best tak?" sebab kedai tu kan jual bubble tea. Almaklumlah...sekarang kan orang tengah gila minum benda alah ni kan. especially mereka-mereka yang 'sweet tooth' tegar.
aku lah tu. memang kalau pergi mall tak singgah beli,tak sah.

OK STOP.

It just that,sejak aku start kerja ni kan,tanggapan aku lagi luas dalam alam pekerjaan nih.
*see that i used 'alam',over tao*
apa yang korang harap akan terjadi esok,mungkin tinggal harapan. paham tak maksud aku?
kan dah biasa kita pergi sekolah tiap-tiap hari macam rutin kan..
sampaikan boleh hafal ayat pertama yang akan keluar dari mulut cikgu setiap kali masuk kelas..*credit to Pn.Woo*
But this is ANOTHER story. kalau hari ni u ols ada workmate yang gila-gila dan sempoi ja,
please..
please jangan expect kehadiran dia dalam hari-hari yang mendatang. lain orang,lain caranya.
baru aku sedar, usia aku yang baru nak masuk 18 ni masih terlalu lalu lah mentah kalau nak bercerita tentang hidup. dont assume u know everything just because u have inche google.
to learn a LIFE lesson,it takes more than just sit in front of your pc and surfing.
you have to failed sometimes,
makes a mistakes sometimes,
makes a wrong decision sometimes.
and then learn to turn another page and move on.
THATS life i dont know a bit.
kalau lah perjalanan untuk mengutip pengalaman hidup diibaratkan macam perjalanan dari perlis ke johor,
aku rasa, aku baru service kenderaan nak mula perjalanan aku.

p.s : IF YOU THINK YOU KNOW EVERYTHING, THINK AGAIN.
p.p.s : Life is like an onion: You peel it off one layer at a time, and sometimes you weep.

Saturday, April 7, 2012

WELCOME APRIL & goodbye march

As-salam...*jawab*
memandangkan bulan mac pon dah berakhir a few days ago moh kite imbas kembali apa yang berlaku sepanjang-panjang bulan yang penuh dengan suke-duke nih.
lega sebab bulan yang paling digeruni dan dinanti-nanti sejak tamatnya paper spm aku yang terakhir november last year dah pun berlalu.
ok, fine, result aku tak secomel orang-orang yang masuk news.
balik dari rumah lepas dapat resault tu aku 'ter'menangis depan mak aku. bole plak 'ter' ?
sebab aku tao mak aku kecewa walaupun dia tak penah tunjuk depan aku.
sebab aku tak dapat buat mak aku peluk aku macam time aku dapat resault pmr. )'=
sebab aku tak nampak jalan aku dah sebab semua yang aku rancang dah hancur.
then again,
kita hanya mampu merancang,tapi sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya.
susah jugak lah aku nak redha.
tapi lepas dah berbakul-bakul nasihat aku dapat on that day, 80% daripada minda aku boleh trima.
another 20% .. still regret and haunted by the "how's" and "why's". true.

Tapi aku kena move on.
kena pakai back-up plan kalau master plan aku tak jadi.
They say, "positive thought over negative".
perjalanan aku masih jauuuuuuuuuh.
ini semua baru permulaan. cumanya jalan untuk aku dah lebih spesifik dan aku pon tak boleh nak memilih sangat.
semoga hari-hari yang mendatang ni, akan memberi cahaya baru buat aku walau sesetan mana pun dugaan yang mendatang.

Sunday, March 11, 2012

bila impian menjadi realiti

CHECK.THIS.OUT.

Marvel Avengers Assemble 2012

yes! itulah benda pertama yang keluar dari mulut aku bila aku tengok ad about this awesome movie kat newspaper. teruja gila babengs kot. aku pernah impikan movie yang kumpolkan semua superhero yang penah difilemkan. but too bad not all the superheroes in this movie. spiderman, batman, superman is excluded from this assemble. but i'd heard batman is excluded because he's character from DC not Marvel. but whatever. sorry guys. coming soon this may. *peace*


p/s :: seriously, muka aku memang macam ni time baca pasal movie ni.. :DDDD

Friday, March 9, 2012

siapa lahir bulan disember?


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda-anda yang dilahirkan dalam bulan disember yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

DISEMBER
- sangat setia & pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan & pergaulan
- sikap kurang sabar & tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
- seronok bila didampingi
- suka bercampur dengan orang
- suka dipuji, diberi perhatian & dibelai
- sangat jujur, amanah & bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- cepat marah
- perangai yang mudah berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi
- benci pada kongkongan
- suka berlawak
- pandai buat lawak & berfikiran logik

some of it memang terkena batang hidung and some of it memang penipu, so, terpulang lah nak percaya ka tak. for sure jangan percaya 100%. aku amek bulan disember sahaja sebab aku dilahirkan dalam bulan ni.

artikel dipetik daripada http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/rahsia-bulan-kelahiran/ . click kalau nak tengok bulan2 yang lain. *peace*

P/S :: bila aku cakap jangan percaya 100%, its because.......


because only you know yourself more than anyone else.




Thursday, March 8, 2012

tak kisah pon...

as-salam...
sementara broadband ku ini masih bole bernafas, better aku type post baru. hewhewhew..*<--whats with that?*
yeah,i know,blog aku ni bukan ramai sangat pon followers. tak mencecah 20 orang pon.
kalau dulu, memang setiap kali aku buka ja dashboard mesti aku akan tengok follower dulu. nak tengok bertambah ka tak. memang bartuah la kan kalaw nak naik tiba2 bilangan dia. kalau naik pun cuz aku promote dekat fb. sampaila satu tahap tu, aku beserah ja..
tak berminat pun nak tarik ramai2 followers. dah ada yang ikut tu pun dah cukup baik dari tak ada langsung,aite? kalau orang lain sibok2 promote blog dia kat fb sgala bagai,aku malas dah lah. dulu ya, sekarang tak dah. biar la ianya diprivasikan. lagi sikit follower aku, lagi sikit hati yang nak dijaga.
memang la kalau u ols baca post aku ni, mesti u ols cakap,
"alah,dah x ada follower ramai,cakap banyak,"
"sadis gila kot minah ni..."
"tak femes..."
suka hati lah u ols nak judge apa pon. then again,


jauh,jauh,terpencil,tersorok dalam hati aku nih, memang ar, memang la aku teringin nak ada ramai followers tapi malas la. aku ni bukannya ms. famous-amos. i'm just not that awesome. biaq la depa follow blog aku ni tanpa paksaan..*lebih kpd ayat pasrah acc* ..

food for thoughts.

p/s:: i am not an attention whore.




Sunday, March 4, 2012

adakah aku yang melarikan diri dari tanggungjawab?

maafkan aku... kesilapan yang tidak disengajakan... tak berniat untuk lari dari tanggungjawab. aku cuma ingin menenangkan hati yang gundah gulana. aku belum bersedia untuk semua ni. tak pernah aku sangka semua ni akan jadi macam ni. aku berhenti daripada semua ini bukan kerana mu,tapi kerana orang lain. ketidakselesaan dalam bekerja.. again, i'm sorry.

terasa diri ni sangat tak berguna.

i dont know why i do this...

and again,

p/s : belajar dari pengalaman. baru terbangun dari mimpi..rupanya aku masih belum belajar erti kehidupan.

Sunday, February 12, 2012

tahu tak novel apa?

As-salam...
entry kali ni, aku nak menamatkan segala masalah-masalah yang membelenggu aku. masalah ke?
masalah la jugak. sebelum tu,meh nak story dahulu. sepertimana yang aku cerita dalam entry2 aku yang sebelum ni, aku memang suka gila baca novel. tak kisah lah melayu ke, inggeris ke, janji jangan tagalog dah la. :)
kalau nak senaraikan novel2 yang pernah aku baca kat sini, memang takkan habis lah. tak gitu?

ok,back to our story, 2006. time ni aku baru darjah 6, kak aku pulak tengah teregeh-hegeh ambil SPM. kak aku ni budak asrama. dua bulan sekali dia balik rumah. satu hari tu, dia balik dengan membe dia budak selangor. disebabkan rumah dia jauh and memang waste of time and money la kan kalau tiap-tiap minggu nak balik rumah, dia balik rumah kengkawan dia.

nak dijadikan cerita,membe kak aku ni pun suka baca novel. and aku pernah nampak dia baca novel. mula-mula tu aku tak amek port sangat,yerlah,bukan aku sorang ja kat malaysia ni yang suka baca novel. *thats normal btw girls at my age at that time always tend to feel they are special,etc..*
ada satu time tu membe kak aku ni tinggal novel dia atas meja. aku pun secara cilok baca la sinopsis dekat cover belakang novel tuh. 

*tengah membaca..*

cerita mengenai seorang gadis *aku tak ingat nama heroin dia* yang dah bertunang. sikit hari ja lagi, nak kahwin. tapi,dia telah diculik bersama-sama seorang anak orang loaded & *aku tak ingat jugak berapa ramai lagi yang kena culik,seingat aku,bukan hero heroine ja*. lama la jugak diorang diculik tuh.. family heroine t sekor pun tak tahu yang dia dah diculik. mereka sangka dia melarikan diri kerana ... *tak ingat sebab dia*..
selepas beberapa minggu dia dilepaskan oleh kidnapper terbabit. bila dia pulang ke rumah,dia terkejut kerana majlis akad nikahnya dengan lelaki yang dicintai diteruskan. tentu-tentu lah dia pelik binti hairan sebab masakan akad nikah boleh dijalankan tanpa pengantin perempuan..iye dak?

*maken kusyuk...*

bila dia masuk dalam rumah,terkejut king kong lah dia *kingkong ok* sebab adik perempuannya sendiri yang menggantikannya. famili dia terpaksa bertindak begitu kerana ingin menutup malu + menjaga maruah. yang makin pelik tuh, nak pulak adik dia! itu dia baru tahu. rupa-rupanya adik heroine ni suka bebenor dekat boy kakak dia yang merangkap bakal abang ipar. jadi bila dah diberi tawaran macam itu, tak ditolaknya! mak n ayah dia pulak boleh sesedap ikan siakap 3 rasa tuduh si heroine nak malukan keluarga mereka. tak sempat dia nak jelaskan segala-galanya,dia membawa hati yang frust tertonggeng-tonggeng lari daripada rumah... dan takdir menemukan si heroine ni dengan anak orang loaded tadi..& the stories begin...

*membelek-belek cover belakang...*

dengar pintu bilik air ditutup dan derapan tapak kaki yang semakin hampir.

*letak balik atas meja*

tak sempat aku nak tengok novel tu tajok apa! frust gila weh. aku ingat tajuk dia "erti something2 ja" . 
=,="
sampai sekarang aku masih tercari-cari tajuk novel tu..hanya dengan melihat cover depan novel tu saja aku boleh taw. sesiapa yang terbaca entry ni,boleh tak inform kat saya apa tajuk novel tersebut??



p/s:: this * sign is to show what i'd thought and acted about certain scenes..:)





Friday, February 3, 2012

my hocrux

as-salam..
these are my top 5 favourite bands/musician that i admired the most.

1. PARAMORE


2. NEON TREES


3. PANIC! AT THE DISCO


4. YUNA


5. SHEILA ON 7


In fact there are many,many,many others musician that i admired. but these are my top 5. <2 pun setelah ditimbang-balik coz xtahu band mana yg saya supposedly letak as a top 5> thehe..coz i LOVE music! love listening to it i mean. i'm not gifted enough to write a good music. *smile*


p/s:: no judging please..cuz it's just who i am. got a problem with that?

Tuesday, January 31, 2012

new obsessions

as-salam..
sepanjang lepas habis spm ni,mmg aku suka pinjam novel. selalunya di perpustakaan awam pulau pinang yg t'letak di AEON Jusco, Sbrg Perai. senang sikit. lebih particular. kalau nak pergi public library di Seberang Jaya, besar sgt..aku tak tao nak cari kat section mana. by the way,mood aku hari tu dah malas nak baca romance-comedy novel. so,aku ternampak la buku ni...

tengok cover dia pon aku dah tertarik. tapi time tu aku nampak buku ni ada empat siri. disebabkan aku tak larat nak bawak balek rumah + kak aku pun  da amek dua buah novel yg aku jgk yg kena bawak balek , aku amek book one ja la as shown above. bila aku dah start baca memang interesting!
and later another day,aku teman kak aku pergi carrefour,so ada la book store dalam carre4 tuh. usha punya usha tengok2 ada jual buku neh!! all complete 6 series! yes2..aku pun mula pikiaq lam hati, 'bole la pas neh kmpul duit beli buku2 nih'..tak rugi pon kan...


p/s:: G'nite everyone...

Sunday, January 29, 2012

selamat malam

Fill in the blanks..



P/s:: g'nite everyone..

kalaw kat sini TwitterJaya, kat sana lak ada...

aku mmg enjoy surfing..tp on the net ja la..heheh. bila boring tak taw nak buka website apa dah selain Youtube, Facebook & Twitter,aku pun layan la blog gosip2 artis. nak menghilangkan rasa boring la katakan. antara entertainment blog yang aku suka http://beautifulnara.com/ , http://www.ohbulan.com/ ,  etc.. tapi ada satu hari tu aku terbaca post dekat ohbulan pasal movie indon yang baru..

                                  

sempoi kan? aku tengok trailer dia macam lain dari movie2 b'bahasa melayu yang lain. tukar angin sikit apa kedehalnya,aite? macam teringin nak tengok. kalau keluar la kat wayang malaysia ni,kemungkinan aku akan pergi tengok 60%..lagi 40% of myself will of corz hesitate coz thats me! always hesitate in something even to myself..i dont know why. tapi kalau x pegi tgk pon, tunggu ja la dvd dia kuaq..hehe.
try tengok trailer movie ni dulu,baru judge lebih2,ok?


p/S:: ini berdasarkan pendapat aku ja. tak tahula kan taste u ols macam mana..but,still,this film is something2..aite?

Saturday, January 28, 2012

sahabat sekalian...


i dedicate this quotes n this pic btw to my besties among the best friend in this whole wide world.

    
                                 
walaupun ada di kalangan depa ada yang x sampai 5 tahun pon kenai,tapi aku syg gilarz2 kat depa...to all these crazy-to-lucky friends,thanks a zillion coz always there 4 me in good and bad.
 p/s :: terimakasih untuk segala-galanya.....♥ ♥




tengah2 malam tempoh hari aku boring smpai x terkata.. buka tv tekan2 channel terjumpa satu video ni diowang tayang . unik gak video dia. aku sampai tersenyum sorang2 tengok video nih..hehe.
btw,its TWO BY LENKA. enjoy!

p/S::sorry coz background music kt blog ni disturbing but duuuhhhh..who care? its mine anyway.

Friday, January 27, 2012

just keep reading

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

- Artikel iluvislam.com



p/S: where's the fire?xpayah kalut2 pn pasal benda ni acc. :)